Wednesday, December 19, 2007

Ini Saja Yang Tinggal

0 comments


Aku dah lama tak post kat blog ni. Aku sibuk uruskan hal berkenaan arwah pakcik Anwar. Dah seminggu dia pergi buat selamanya.

Ni gambaq aku tgh makan malam dengan makcik n caca kat area seksyen 7 (dekat dengan rumah pakcik) . Amirul macam besa la. Sibuk dengan komputer dia la.

Sedih gak lepak kat sini. Selalunya pakcik ada. Hmm... Apapun, hidup mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi.... Hmm...

Thursday, November 29, 2007

The Happening

0 comments

Kat sebelah ni perjumpaan kali pertama kelab aku, Forex Trader da Club aka FTDC kat Casa Racharo, Port Dickson 24-25 Nov 2007. Mmg happening gila sebab semua members gila2. buahahahhaha......

Jumaat malam ni ada meeting exco FTDC plak. Kelab ni mmg aktif tahap GABAN. Selain drp menjana pendapatan, ahli juga digalakkan membantu di antara satu sama lain.
Thumbs up to bro FT and all da members.

Hidup FTDC!!!!

Thursday, November 22, 2007

Life Goes On

0 comments
Dah lama aku tak posting kat blog. Sibuk dengan akviti harian. Macam-macam nak kena buat. Gambaq sebelah adalah gambaq tempat aku beradu di bilik sewa aku kat Shah Alam.

Aku dalam proses nak pindah dari Klang ke Shah Alam. Dah tak larat nak berulang-alik dari Klang. Kat Shah Alam, boleh buat macam-macam. Tidoq lambat pun takda hal. Buhahahahha (FT Copirated)

Aku pun tak tau apa nak taip kat blog ni. Perut pun dah lapaq. :)

Friday, November 2, 2007

Kasut baru dan Live Conference

0 comments



Lepas solat Jumaat, aku pi kompleks PKNS dengan harapan dapat la cari kasut untuk main badminton esok. Mula-mula, aku masuk kedai BATA sebab bajet aku ciput ja. Nak kasut yang murah-murah.

Lingkungan harga kasut BATA memang ok tapi bila aku cuba pakai, mmg tak selesa. Lepas tu aku pi kedai kat tkt atas, tak banyak pun kasut bandminton.

Aku pun terus nak balik ke ofis tapi dalam perjalanan ke motor, aku terjumpa satu kedai. Ada marka dalam kedai tu tapi dia macam blur sikit. Aku pun gamble saja la. Tiba-tiba aku ternampak satu kasut ni (Lihat Gambar) Brand ASHAWAY (USA) Harga dia mmg buat aku terkejut. Cuma RM49.90 dan ada saiz 11(US). Aku cuba dengan stokin. Fuh!!! Mmg selesa. Aku beli sekali dengan stokin RM10.00. Mmg berbaloi! (Macam iklan KAMDAR). hehehehehe.....

Aku lepak kat Starbucks sebab ada conference meeting. Bincang pasal gathering kat PD. Aku dah dilantik sebagai AJK. So kena la bagi komitmen.

Kerap juga la aku lepak kat sini. Kat sebelah ni ayaq manggo starbucks. RM10.50 . Terpaksa la minum sebab nak pakai internet dia. So aku pun surf lama-lama sikit kat sini.

Sambil2 tu aku buat bersiapan untuk pindah rumah di Shah Alam. Aku dah tak larat nak ulang-alik dari Klang. Letih sangat. Lagi masalah kalau hujan. Hmm...

Wednesday, October 31, 2007

Hari Yang Ajaib

0 comments
Pagi-pagi dah meeting. Tunggu ahli-ahli mesyuarat mai satu hal. Tunggu caterer lagi satu hal. Meeting sambil perut dok keroncong. hehehehhe.... Hari ni setengah hari habis dengan meeting.

Tengahari aku pi jamuan perpisahan ofis member aku. Makan kat Nasi Beriani Gam Johor. Siap pekena air bandung muar. Sedap gak. Lama aku tak minum air bandung. Last pun, masa hari raya beberapa tahun yang lepas. Pak Uda aku buat.

Pastu aku rushing cari wet suit untuk zura. Cari punya cari, tadak plak saiz. Ingat nak terus pi Klang, org Canon cari aku plak. Kena la balik ofis. Kira tawakkal la lepas ofis, aku terus pi Klang. Cari wet suit.

Sampai Klang, kedai tu suka bapak dia plak pi tutup. Aku dah hampir give up. Zr siap sms suruh aku balik rumah ja. Aku nekad nak surt internet kat Petronaz. Nasib baik aku bawak Dell aku sekali. Akupun surf la Padi punya site. Macam kedajei!!! Nasib baik ada google. Search punya search, jumpa satu site. Mamat ni dok kat Klang. Area Batu Belah. Jauh jugak la dari tempat aku.

Dengan pantas aku terus pi rumah dia. Pusing macam nak gila cari rumah dia. Pungkoq pun sakit-sakit. Syukurlah jumpa. Sampai kat umah dia, dia tunjuk satu wet suit, murah tapi nampak macam besaq. Zr mintak tgkkan yang lain. Dapat la yang warna maroon. Cantik gak.
Aku siap 'pau' kotak kat dia. hehehehhe....

Lepas tu aku terus ke stesyen bas. Tgk mana-mana bas yang ada untuk aku kirimkan kotak tu. Semua bas jalan dalam pukul 10 malam ke atas. Aku pun pi la isi perut dulu. Siap dengan singgah ke farmasi beli ubat selsema.

Aku patah balik ke stesyen bas. Aku balut kotak tu atas motor aku. Siap tulis no tel. Pas kat driver. Kena RM20. Ya Allah! Lega rasanya. Aku dah jadi Superman hari ini. :D

Aku terus la balik umah. Sampai umah terus kedang. Sempat lagi set alarm pukul 3 pagi. Risau gak kalau zr x bangun n ambik kotak tu. Aku pun.... zzzzzz.........

Tuesday, October 30, 2007

Server Installation

0 comments





Penat sungguh 2-3 hari ni. Aku sibuk selesaikan server e-learning ni. Server masih belum boleh 'on' . Satu keja apa pun aku tak boleh buat. Kesian kat azzura. Aku tak sempat nak belikan dia wetsuite untuk dia. Rasa terkilan sangat2.

Wednesday, October 24, 2007

Upen Haus At Da Opis..

0 comments
24hb Oktober 2007

Ofis aku buat Jamuan Aidifitri 2007 secara 'pot luck'. Aku hanya ditugaskan untuk bawa pinggan mangkuk polisterin beserta dengan aksesor-aksesori yang sewaktu dengannya.

Yang bestnya hampir semua staf pakai baju raya kecuali aku dengan Ustaz Mohd Nor. Baju melayu aku semuanya diluar kawasan liputan (ada kat Sg Petani). Lagi pun aku jarang pakai baju melayu kecuali untuk hari raya dan yang sewaktu dengannya.

Hari ni cuaca agak baik. Hujan tak la turun sepanjang hari. Aku pun tak byk makan. Mungkin menu tak berapa menarik. Kalau ada nasi beriani kan best. Aku hampir-hampir nak pi kedai mamak untuk makan tgh hari tapi memandangkan cuaca yang tak menentu, aku lepak ja dalam ofis.

Aku banyak minum. Pagi2 dah letih dengan mesyuarat, so sebelah petang ni lepak-lepak sambil menunggu masa untuk balik rumah.

Ada beberapa perkara yang aku perlu selesaikan 2-3 hari ni. Keadaan cuaca yang tak menentu menyebabkan pergerakan aku agak terbatas. So, apa lagi. Kedang time! (Azzura punya ayat)

Lebih teruk dari bulan puasa. Rasanya bulan puasa kali ini, aku jarang tidur sebelah siang walaupun aku ada jugak terniat nak pi tiduq kat Pusat Islam atau mana-mana surau.

Mengantuk pun ada ni. Dapat tidoq kan best. hehhehehe.... Maklumlah. Perut dah kenyang. Cuaca pun sesuai untuk rehat-rehat. Fuh....

Monday, October 22, 2007

Hari-Hari Seterusnya...

0 comments
23hb Oktober 2007

Aku mai opis lewat lagi. Punch 8.01 pagi. Merah lagi macam semalam. Malaih nak pikiaq.

Gala Dinner Canon kat Hotel Mandarin Oriental KLCC. Makan free lagi. Member aku kata Ella akan mai nyanyi. So aku akan bawak kamera la. Tunjuk bukti aku pi dinner tu.

Hari ni tak tau nak buat apa. Lepak sambil main games la kot. Esok opis aku ada Jamuan Aidilfitri. Raya lagi lo.... Aku dah tak rasa macam raya dah pun. Rasa macam nak cuti lama2 lepak kat kampung. Hmm.... dok terkenang pada yang jauh di mata, dekat di hati.

Rasa macam nak pi bercuti. Mungkin ke Pulau Krabi kot. Member2 dok ajak pi. Passport pun tadak lagi. Ancuss....

Best gak ada blog sendiri. Dah jadi macam diari. Siap buleh taruk gambaq lagi. hehehehhe

Gambaq kat sebelah ni aku ambil masa dinner kat Mandarin Oriental Hotel KLCC. Pameran laser siap ada marka dok menari-nari kat atas pentas.

Ada lagi gambar yang tak dapat aku muatkan kat sini. Sikit-sikit cukup la. Hehehhehe... tapi aku kena balik awal sebab aku tumpang mai dengan member. Kalau aku mai sendiri, sure aku tunggu sampai habis. Takpa la. Tadak rezeki. Lagipun esok nak kerja.

Sunday, October 21, 2007

Mula Kerja

0 comments
22hb Oktober 2007



Hari pertama kerja sejak balik dari cuti raya. Aku masuk lambat hari ni. Hujan sejak dari pagi2 lagi. Semuanya masih dalam mood raya.

Aku sarapan dengan member kat Restoran Khalifah Sek 3. Pekena roti canai dan teh tarik. Hujan masih belum berenti. Tensen betui. Hujan2 macam ni tidoq @ kedang lagi baguih. Dok kat opis pun tak rasa macam ofis. Semua buat macam kat rumah ja. Maklumlah, dok sembang pasai raya lagi. Open house la.... Pengalaman raya la...

Friday, October 19, 2007

Kembali ke Kuala Lumpur

0 comments
20hb Oktober 2007
4.00 pagi

Aku sampai kat Hentian Jalan Duta pagi-pagi buta. Rupa-rupanya bas yang aku naik dah tak pi Hentian Puduraya. Blur jugak aku di pagi ni tapi sempat sms kat Azzura untuk bagitau yang aku dah selamat sampai. Aku lepak sat sambil pekena nasik lemak dengan teh ais. Tgh dok makan, aku nampak bas RapidKL (aku panggil RempitKL, depa ni bawak bas macam ribut). Aku pun cepat-cepat makan takut terlepas bas. Ingatkan bas tu pi terus ke KL Sentral, rupanya bas tu terus ke Puduraya.

Sampai Puduraya, aku blur sekali lagi. Lepas 5 minit, akupun menapak ke Masjid Jamek sambil survey jalan short-cut ke Central Market. Jalan punya jalan, aku shot la gambaq masjid. Cantik masjid ni time subuh. Lepas selesai solat subuh, aku pun jalan2 cari Central Market. Memang dekat ja CM dari Masjid Jamek. Lebih kurang 400 meter saja.

6.30 pagi

Aku dok tertunggoq tunggu bas ke Klang. Kena tambang RM3. Bas tu rempit ke Klang dalam masa lebih kurang 40 minit.

8.30 pagi

Kedai motor pun bukak. Aku terus ambik motor aku. Kena dekat RM200++. 'Macam repair kereta ja', kata Azzura. Nak buat camna yang oi... tu ja satu2nya kenderaan yang ada. Nak beli kereta, memang tak mampu. hehehehhe.....

Berikut senarai kos pembaikan motor aku :

1. Hub Rear RM65.00
2. Jejari RM18.00
3. Upah RM 28.00
4. Bateri RM28.00
5. Minyak 4T RM15.00
6. Bearing RM 16.00
7. Brake Pad RM 36.00
8. Hub Double RM 6.00

Jumlah RM224.oo. Mampuih. Gaji lambat lagi. hehehehhehe.... Gambaq motor dengan hub dengan jejari baru. Macam tak tukaq apa2 pun. hehehehehhe.....
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com