Wednesday, October 31, 2007

Hari Yang Ajaib

0 comments
Pagi-pagi dah meeting. Tunggu ahli-ahli mesyuarat mai satu hal. Tunggu caterer lagi satu hal. Meeting sambil perut dok keroncong. hehehehhe.... Hari ni setengah hari habis dengan meeting.

Tengahari aku pi jamuan perpisahan ofis member aku. Makan kat Nasi Beriani Gam Johor. Siap pekena air bandung muar. Sedap gak. Lama aku tak minum air bandung. Last pun, masa hari raya beberapa tahun yang lepas. Pak Uda aku buat.

Pastu aku rushing cari wet suit untuk zura. Cari punya cari, tadak plak saiz. Ingat nak terus pi Klang, org Canon cari aku plak. Kena la balik ofis. Kira tawakkal la lepas ofis, aku terus pi Klang. Cari wet suit.

Sampai Klang, kedai tu suka bapak dia plak pi tutup. Aku dah hampir give up. Zr siap sms suruh aku balik rumah ja. Aku nekad nak surt internet kat Petronaz. Nasib baik aku bawak Dell aku sekali. Akupun surf la Padi punya site. Macam kedajei!!! Nasib baik ada google. Search punya search, jumpa satu site. Mamat ni dok kat Klang. Area Batu Belah. Jauh jugak la dari tempat aku.

Dengan pantas aku terus pi rumah dia. Pusing macam nak gila cari rumah dia. Pungkoq pun sakit-sakit. Syukurlah jumpa. Sampai kat umah dia, dia tunjuk satu wet suit, murah tapi nampak macam besaq. Zr mintak tgkkan yang lain. Dapat la yang warna maroon. Cantik gak.
Aku siap 'pau' kotak kat dia. hehehehhe....

Lepas tu aku terus ke stesyen bas. Tgk mana-mana bas yang ada untuk aku kirimkan kotak tu. Semua bas jalan dalam pukul 10 malam ke atas. Aku pun pi la isi perut dulu. Siap dengan singgah ke farmasi beli ubat selsema.

Aku patah balik ke stesyen bas. Aku balut kotak tu atas motor aku. Siap tulis no tel. Pas kat driver. Kena RM20. Ya Allah! Lega rasanya. Aku dah jadi Superman hari ini. :D

Aku terus la balik umah. Sampai umah terus kedang. Sempat lagi set alarm pukul 3 pagi. Risau gak kalau zr x bangun n ambik kotak tu. Aku pun.... zzzzzz.........

Tuesday, October 30, 2007

Server Installation

0 comments





Penat sungguh 2-3 hari ni. Aku sibuk selesaikan server e-learning ni. Server masih belum boleh 'on' . Satu keja apa pun aku tak boleh buat. Kesian kat azzura. Aku tak sempat nak belikan dia wetsuite untuk dia. Rasa terkilan sangat2.

Wednesday, October 24, 2007

Upen Haus At Da Opis..

0 comments
24hb Oktober 2007

Ofis aku buat Jamuan Aidifitri 2007 secara 'pot luck'. Aku hanya ditugaskan untuk bawa pinggan mangkuk polisterin beserta dengan aksesor-aksesori yang sewaktu dengannya.

Yang bestnya hampir semua staf pakai baju raya kecuali aku dengan Ustaz Mohd Nor. Baju melayu aku semuanya diluar kawasan liputan (ada kat Sg Petani). Lagi pun aku jarang pakai baju melayu kecuali untuk hari raya dan yang sewaktu dengannya.

Hari ni cuaca agak baik. Hujan tak la turun sepanjang hari. Aku pun tak byk makan. Mungkin menu tak berapa menarik. Kalau ada nasi beriani kan best. Aku hampir-hampir nak pi kedai mamak untuk makan tgh hari tapi memandangkan cuaca yang tak menentu, aku lepak ja dalam ofis.

Aku banyak minum. Pagi2 dah letih dengan mesyuarat, so sebelah petang ni lepak-lepak sambil menunggu masa untuk balik rumah.

Ada beberapa perkara yang aku perlu selesaikan 2-3 hari ni. Keadaan cuaca yang tak menentu menyebabkan pergerakan aku agak terbatas. So, apa lagi. Kedang time! (Azzura punya ayat)

Lebih teruk dari bulan puasa. Rasanya bulan puasa kali ini, aku jarang tidur sebelah siang walaupun aku ada jugak terniat nak pi tiduq kat Pusat Islam atau mana-mana surau.

Mengantuk pun ada ni. Dapat tidoq kan best. hehhehehe.... Maklumlah. Perut dah kenyang. Cuaca pun sesuai untuk rehat-rehat. Fuh....

Monday, October 22, 2007

Hari-Hari Seterusnya...

0 comments
23hb Oktober 2007

Aku mai opis lewat lagi. Punch 8.01 pagi. Merah lagi macam semalam. Malaih nak pikiaq.

Gala Dinner Canon kat Hotel Mandarin Oriental KLCC. Makan free lagi. Member aku kata Ella akan mai nyanyi. So aku akan bawak kamera la. Tunjuk bukti aku pi dinner tu.

Hari ni tak tau nak buat apa. Lepak sambil main games la kot. Esok opis aku ada Jamuan Aidilfitri. Raya lagi lo.... Aku dah tak rasa macam raya dah pun. Rasa macam nak cuti lama2 lepak kat kampung. Hmm.... dok terkenang pada yang jauh di mata, dekat di hati.

Rasa macam nak pi bercuti. Mungkin ke Pulau Krabi kot. Member2 dok ajak pi. Passport pun tadak lagi. Ancuss....

Best gak ada blog sendiri. Dah jadi macam diari. Siap buleh taruk gambaq lagi. hehehehhe

Gambaq kat sebelah ni aku ambil masa dinner kat Mandarin Oriental Hotel KLCC. Pameran laser siap ada marka dok menari-nari kat atas pentas.

Ada lagi gambar yang tak dapat aku muatkan kat sini. Sikit-sikit cukup la. Hehehhehe... tapi aku kena balik awal sebab aku tumpang mai dengan member. Kalau aku mai sendiri, sure aku tunggu sampai habis. Takpa la. Tadak rezeki. Lagipun esok nak kerja.

Sunday, October 21, 2007

Mula Kerja

0 comments
22hb Oktober 2007



Hari pertama kerja sejak balik dari cuti raya. Aku masuk lambat hari ni. Hujan sejak dari pagi2 lagi. Semuanya masih dalam mood raya.

Aku sarapan dengan member kat Restoran Khalifah Sek 3. Pekena roti canai dan teh tarik. Hujan masih belum berenti. Tensen betui. Hujan2 macam ni tidoq @ kedang lagi baguih. Dok kat opis pun tak rasa macam ofis. Semua buat macam kat rumah ja. Maklumlah, dok sembang pasai raya lagi. Open house la.... Pengalaman raya la...

Friday, October 19, 2007

Kembali ke Kuala Lumpur

0 comments
20hb Oktober 2007
4.00 pagi

Aku sampai kat Hentian Jalan Duta pagi-pagi buta. Rupa-rupanya bas yang aku naik dah tak pi Hentian Puduraya. Blur jugak aku di pagi ni tapi sempat sms kat Azzura untuk bagitau yang aku dah selamat sampai. Aku lepak sat sambil pekena nasik lemak dengan teh ais. Tgh dok makan, aku nampak bas RapidKL (aku panggil RempitKL, depa ni bawak bas macam ribut). Aku pun cepat-cepat makan takut terlepas bas. Ingatkan bas tu pi terus ke KL Sentral, rupanya bas tu terus ke Puduraya.

Sampai Puduraya, aku blur sekali lagi. Lepas 5 minit, akupun menapak ke Masjid Jamek sambil survey jalan short-cut ke Central Market. Jalan punya jalan, aku shot la gambaq masjid. Cantik masjid ni time subuh. Lepas selesai solat subuh, aku pun jalan2 cari Central Market. Memang dekat ja CM dari Masjid Jamek. Lebih kurang 400 meter saja.

6.30 pagi

Aku dok tertunggoq tunggu bas ke Klang. Kena tambang RM3. Bas tu rempit ke Klang dalam masa lebih kurang 40 minit.

8.30 pagi

Kedai motor pun bukak. Aku terus ambik motor aku. Kena dekat RM200++. 'Macam repair kereta ja', kata Azzura. Nak buat camna yang oi... tu ja satu2nya kenderaan yang ada. Nak beli kereta, memang tak mampu. hehehehhe.....

Berikut senarai kos pembaikan motor aku :

1. Hub Rear RM65.00
2. Jejari RM18.00
3. Upah RM 28.00
4. Bateri RM28.00
5. Minyak 4T RM15.00
6. Bearing RM 16.00
7. Brake Pad RM 36.00
8. Hub Double RM 6.00

Jumlah RM224.oo. Mampuih. Gaji lambat lagi. hehehehhehe.... Gambaq motor dengan hub dengan jejari baru. Macam tak tukaq apa2 pun. hehehehehhe.....
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com